Bab 9 - Di Buai Rindu Semalam

Perjalanan dari Kuantan Sentral Bus Terminal ke Larkin Bus Terminal memakan masa lebih kurang 7 jam. Fuhhh kremm bontot aku. Kejung wehhh. Sumpah. Ingatkan dapat rasa encik tunang hantar tapi porahhhhh! Haprak xdak kedekut. Wakkklu

Jam sudah menginjak 6.45 petang. Ish mana ni si Riri dan Yaya. Janji pukul 6.30 ptg ni batang hidung pun tak nampak. Penat hoii dah la perut aku lapar gila. Sarapan dekat rumah tadi bihun goreng je. Kalau nasi lemak baru cun. Aira tengok lagi jam sambil mengeluh. Cepat lah.

"Aira !!!!! Aira !!!!!! Weyyy !!!! Sini sini" Riri dan yaya melambai tangan. Aira menoleh ke kanan dan kiri mencari suara yang memanggil namanya. Siapa pulak panggil aku ni? Tak nampak pun.

Nini dan Yaya lambai tangan ke arah Aira.

"Aira sini! Tengok depan. Airaaa!" Jerit Yaya.

Aira pandang depan ke arah sebuah kereta yang amat dikenali, Myvi kuning diseberang jalan. Gulp.

Aira malas nak menapak ke arah jejantas yang agak jauh. "Kereta tak banyak ni, seberang dekat sini je lah, bismillah". Doa Aira. Nasib baik bawa luggage satu je kalau 2 3 tadi masak aku. Okay! Lintas!

"Aira". Panggil seseorang. Terasa lengan dipegang seseorang. Aira menoleh dan dongak sedikit untuk melihat siapakah gerangan disebelah.

"Abang Zul?" Ujar Aira perlahan. Mujur aku tak buka buah silat tadi suka hati pegang lengan orang nasib baik berlapik.

Dia tersenyum paling manis. Sumpah manis.

Gulp. Hmm. Aira diam tak berkutik. Shock kejap.

"Meh abang tolong Aira bawa luggage ni. Jom lintas jalan". Jawab Zul sambil tangan masih memegang lengan Aira. Aira pandang tak berkedip mata. I'm feeling like at Cloud 9.

Tiba di kereta, Aira terus menarik tangganya tidak mahu dipegang lama. Segan dengan diri sendiri dan status barunya.

Sepanjang perjalanan balik ke kolej, Abang Zul banyak bercerita dan mengajukan soalan kepadanya. Nurin dan Aisyah kecoh bercerita sesama mereka kononnya nak bagi peluang dekat Abang Zul dan aku.

"Mama, Anis dan Aniq apa khabar? Semuanya sihat ke?" Tanya Abang Zul memecah kesunyian di antara kami.

"Alhamdulillah semua sihat je. Anis tengah prepare untuk SPM bulan depan. Aniq sekolah macam biasa lah. Tapi sekarang tengah sibuk training bola sepak". Balas Aira. Abang Zul senyum memandang Aira.

"Abang sihat? Kerja part-time yang abang buat tu okay?" Aira tiba-tiba blur tak tahu nak berborak apa. Lama sangat tak jumpa.

"Kerja okay je macam biasa. Stress tu normal la. I'm used to it. Nanti dah kerja betul lagi la stress". Balas Abang Zul.

Aira merenung ke luar tingkap. Radio Era sedang memainkan lagu kegemarannya, Hafiz feat Misha Omar - Terimaku Seadanya. Oh Abang Zul, terimalah ku seadanya yang sudah menjadi tunangan orang. Jerit Aira di dalam hati.

Baki perjalanan balik kolej, masing-masing diam membisu. Abang Zul fokus dengan pemanduannya, Nurin dan Aisyah dah penat bergelak sakan agaknya.

Papan tanda "Taman Universiti" mulai kelihatan. Perut Aira semakin rancak membuat konsert rock kerana lapar. Ermm nak cakap ke tak eh. Tak cakap lapar. Tanya je lah.

"Aaa Abang Zul. Kita singgah AEON dulu boleh tak? Nak makan, lapar gilaaaa ni hihi". Sengih Aira. Abang Zul tergelak mendengar pertanyaan Aira yang seakan anak kecik merengek. Comel!

"Abang memang nak bawa pegi makan pun tapi ingat kot Aira nak singgah kolej dulu hantar barang ke apa". Jawab Abang Zul.

Aira menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kita terus pegi makan lah bang tak payah patah balik. Kalau dah balik kolej penat malas nak keluar. Lepas makan kita balik ye". Balas Aira.

Abang Zul senyum sambil membelok ke arah Taman Universiti. Tersergam Indah bangunan AEON disebelah kanan, tempat membeli-belah kegemaran pelajar UTM Skudai kerana berhampiran. Teksi dan bas juga mudah didapati.

Tiba di AEON Taman U, mereka berjalan masuk ke dalam bangunan sambil kepala memikirkan apa yang hendak dimakan. Satu masalah orang perempuan bila diajukan soalan, "nak makan apa?" semua garu kepala. "Apa-apa sahaja lah".

Namun begitu, hari ini Aira, Aisyah dan Nurin sepakat untuk makan di food court kerana mereka bertiga mahu makanan berat kenyang sampai malam! Hahaha

Mereka berempat duduk disudut hujung food court. Tak banyak meja kosong memandangkan Jumaat adalah hari minggu. Aira dan Abang Zul memilih untuk makan nasi goreng paprik dan nasi black pepper. Manakala Aisyah dan Nurin masing-masing memesan Chicken Chop dan Mee Tomyam.

Aira nampak Aisyah seperti ada perkara yang hendak ditanya. Kejap pandang makanan kejap pandang Aira. "Kau kenapa Yaya? Dari tadi tengok aku. Kau nak tanya apa?" Tanya Aira bersahaja. Dia tahu apa yang Aisyah fikirkan. Saja nak tunggu kawannya buka mulut sendiri.

Yaya sengih sambil meletakkan cutlery di pinggan. "Eh cerita la babe. Majlis tunang kau semalam. Terkejut aku dengan Riri kau cakap semalam takde ribut takde angin tuptup tunang wey!" Terpancar muka excited Yaya haha

Aira menoleh ke arah Abang Zul yang duduk disebelahnya. Tekun sungguh Abang Zul makan ye. Dia tahu Abang Zul dengar pertanyaan Aisyah. Aira menayangkan muka slumber poyo dia. Cover malu!

Rancak Aira bercerita tentang majlis pertunangan, bakal keluarga mertuanya, encik tunang dan macam macam lagi lah. Aira sempat juga berkongsi gambar majlis pertunangan dengan mereka berdua.

Abang Zul masih ralit menghabiskan makanannya. Sesekali tertawa dengan celoteh mereka bertiga. Bila keadaan nampak reda, Abang Zul mencelah, "Eh, korang berapa subjek lagi final sem ni? PSM (Projek Sarjana Muda atau nama lain tesis) dah habis collect data dah?".

"Data dah collect masa cuti sem haritu. Ni naik sem nak analisis data la pulak. Lusa nak kena jumpa supervisor tunjuk data". Balas Yaya. Nurin dan Aira sama sama mengiyakan.

"Aira pun dah settle collect data. Bab 4 pun dah start sikit, esok SV nak jumpa nak tengok progress. Hopefully okay la". Abang Zul angguk kepala tanda faham.

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) perlu dilaksanakan oleh setiap pelajar sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. Maka, kalau tiada PSM tak buat tesis tak boleh konvo wey sebab syarat tak cukup. Jadi, kena buat betul-betul!

Abang Zul menghantar mereka bertiga sehingga di hadapan pagar kolej. Aira mengambil luggage di bonet belakang sambil diperhatikan oleh Abang Zul. Aisyah dan Nurin sudah berlari masuk ke dalam kolej. Geram Aira!

Abang Zul merenung Aira lama sehingga Aira tidak keruan. "Abang!" Aira memetik jari di hadapan Abang Zul mengembalikan dia ke alam nyata. Berangan pulak orang tua ni.

"Eh sorry Aira". Sempat pulak aku berangan, getus Zul dalam hati. "Anyway, congratulations on your engagement Aira. I'm happy for you". Ikhlas ucapan Zul. Erm ikhlas ke?

Aira senyum kelat sambil mengucapkan terima kasih. Sungguh, dia tak tahu nak respon macam mana. Semuanya berlaku dengan pantas. Tak dinafikan hubungan dia dan Abang Zul tidak berlandaskan apa-apa label. Tak pernah "declare" pun. Walaupun semakin lama berkawan dengan Abang Zul perasaan sayang semakin bercambah cuma tak pernah dilafaz secara terangan.

Aira tahu dia tidak mampu melawan takdir yang jodohnya bukan dengan Abang Zul. Perkenalan sejak 3 tahun dulu tidak menjamin apa-apa, malah lelaki yang dia tidak kenali pula menjadi tunangan. Hebat percaturan alam perkara yang tidak disangka pulak terjadi.

Aira menghantar pergi Abang Zul dengan pandangan sayu. Lama Aira merenung kereta Abang Zul sehingga hilang dari pandangan. "I guess this is it". Keluh Aira.

Aira menaiki tangga kolej sambil mengeluarkan telefon daripada kocek seluar sambil mengimbangi luggage di tangan sebelah kiri. Laju jarinya berlari diatas skrin telefon mencari nama "Mama" untuk dihubungi.

Tutt....
Tutt....

"Hello assalamualaikum Along". Sapa Mama di talian. "Along dah sampai ke? Lambat pulak?"

"Waalaikumsalam Ma. Sorry Along lambat call Mama. Sampai Larkin tadi jam 4 tapi terus pergi makan sebab lapar sangat hihi". Jawab Aira sambil ketawa. "Ni dah sampai bilik dah".

Lega hati Hjh Hanani anaknya sudah selamat sampai ke kampus. "Alhamdulillah, lega hati mama. Jaga diri baik-baik tau Along. Ingat, Along tu tunang orang. Ingat pesan mama". Straight to the point pesanan Hjh Hanani pada Aira bukan apa dia tahu anaknya masih lagi dalam fasa 'nak-tak-nak'.

Aira hanya mampu mengiyakan pesanan Mamanya. Hmm.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab 6 - Di Buai Rindu Semalam

Bab 5 - Di Buai Rindu Semalam