Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Bab 13 - Di Buai Rindu Semalam

"Anis! Ooo Anis... Ish, mana budak ni?" Laung Hajah Hanani. Kalau orang tua panggil lambat respon, tapi kalau telefon berbunyi terus terkam. Budak zaman sekarang. "Ishh" Bebel dia sendiri. Sejak Aira balik kampus sunyi betul rumah. Anis dan Aniq pergi sekolah, keseorangan la aku dekat rumah ni. Kalau ada cucu kan best. Eh jauh pulak berangan. Hajah Hanani gelak sendiri. "Ya mama. Kenapa maa?" Tercunggap-cungap Anis berlari dari tingkat atas ke tingkat bawah terus ke arah mamanya yang berada di ruang tamu bersantai sambil menonton tv. "Anis dah call ke Along pasal perkara yang mama bagitahu hari tu?" Tanya Hajah Hanani sambil matanya masih di screen tv. Anis mempamerkan muka blurr dan tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Errr yang mana pulak ni? Desis hati Anis. "Hah? Yang mana Ma? Anis lupa la banyak sangat pesanan Mama tu". Jawab Anis. "Ish budak ni, pasal Along la bila dia nak pergi fitting baju kahwin. Dah suruh ...