Bab 13 - Di Buai Rindu Semalam

"Anis! Ooo Anis... Ish, mana budak ni?" Laung Hajah Hanani. Kalau orang tua panggil lambat respon, tapi kalau telefon berbunyi terus terkam. Budak zaman sekarang. "Ishh" Bebel dia sendiri. Sejak Aira balik kampus sunyi betul rumah. Anis dan Aniq pergi sekolah, keseorangan la aku dekat rumah ni. Kalau ada cucu kan best. Eh jauh pulak berangan. Hajah Hanani gelak sendiri.

"Ya mama. Kenapa maa?" Tercunggap-cungap Anis berlari dari tingkat atas ke tingkat bawah terus ke arah mamanya yang berada di ruang tamu bersantai sambil menonton tv.

"Anis dah call ke Along pasal perkara yang mama bagitahu hari tu?" Tanya Hajah Hanani sambil matanya masih di screen tv. Anis mempamerkan muka blurr dan tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Errr yang mana pulak ni? Desis hati Anis.

"Hah? Yang mana Ma? Anis lupa la banyak sangat pesanan Mama tu". Jawab Anis.

"Ish budak ni, pasal Along la bila dia nak pergi fitting baju kahwin. Dah suruh Along call Abang Zaf tak?" Hajah Hanani memandang tepat anaknya yang sedang bingung. Tak boleh harap betul budak ni boleh pulak dia lupa kita pesan apa. Si kakak pulak lagi 2 bulan nak kahwin baju apa semua tak fitting lagi. Banyak kali call asyik busy la study sana sini. Kita suruh try baju je pun. Hantaran semua Hajah Hanani dan Hajah Nasuha yang tolong beli dan uruskan. Apa pelik betul dua orang tu, nak kahwin ke tidak? Pening kepala Hajah Hanani memikirkan perangai anak sulungnya ini.

"Adoi Mama, itu pun nak suruh Anis call ke? Handphone Mama kan ada? Whatsapps je la Along tu, apa susah. Orang lain yang nak kahwin orang lain yang stress". Jawab Anis dengan nada perlahan. Dia masih hormati Mama dia.

"Along kamu tu, kalau Mama call, banyak sangat alasan dia nak mengelak. Macam takde masa rehat lansung. Kalau Anis call elok je dia angkat, sakan berborak. Sedih tau Mama ni. Sakit kepala Mama ni Anis fikir pasal kakak kamu ni. Kesian la dengan Mama". Rajuk Hajah Hanani. Sakit pulak kepala dia tiba-tiba mengenangkan si Along acuh tak acuh nak kahwin ni.

"Hmm ye la. Kejap lagi Anis call ya. Dah tak payah tengok tv lagi. Mama naik bilik berehat, tidur ke. Anis pun nak sambung buat kerja ni tapi Anis call Along dulu la". Pujuk Anis. Anis bangun dari sofa dan melangkat kea rah tangga. Selangkah kakinya menapak di anak tangga, Mamanya membalas,

" Eh mana boleh tidur, Mama tengah tunggu panggung sabtu ni cerita Hindustan". Sengih Mamanya.

Anis geleng kepala dengan perangai Mamanya. Tadi kata sakit kepala bila aku cakap nanti call Along terus segar pulak semangat nak tunggu panggung sabtu. Oh Mama!

Tuuttt....

Tuuttt....

Tuuttt....

"Hello assalamualaikum Anis adik kesayangan kakak! Muah!" Panggilan Anis disambut gembira oleh si kakak yang nun Johor. Happy lain macam kakak aku ni.

Terubat rindu Aira kepada adiknya tatkala nama Anis berkelip di skrin telefon bimbitnya. Aira baru sahaja habis kelas Cost Estimating dengan Dr. Fara yang memakan masa hampir 3 jam. Tepu otak nak hadam segala konsep yang dia belajar. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 1.00 petang, masa untuk makan! Laju langkahnya bersama Aisyah dan Nurin menuju ke Arked Meranti untuk mengisi perut sambil melekapkan telefon ke telinga. Petang nanti ada kelas lagi. Balik kelas boleh tidur puas-puas. Pantang betul ada masa free mesti dihabiskan dengan tidur.

"Ewah-ewah Along sejak dah bertunang ni lain macam happy ya?". Perli adiknya.

Terus mati senyum Aira saat ni. Hilang mood nak melayan gurauan adiknya. Haha padam muka! Aira tarik muka masam. Nasib baik takde orang ramai kalau tak mesti orang gelak tengok aku buang mulut muncung. Huh.

"Hah? Kenapa call Along ni? Cepat la cakap Along busy". Acuh tak acuh Aira jawab . Boleh pulak Anis ingatkan aku pasal bertunang ni. Huh! Potong stim betul la. Dah la encik tunang kesayangan buat perangai lepas kejadian terserempak dekat KLCC haritu. Terus senyap tanpa khabar berita. Kadang aku rasa baik tak payah kahwin lagi senang. Ada tunang serupa macam takde je. Sabar wahai hati, Aira bersabar demi Mama. Sabar!

"Hahahaha amboi cik kak sayang marah ke? Chill la! Hidup kena happy baru la aman damai. Ni mama tanya Along dah call ke Abang Zaf pasal fitting baju kahwin dan semua yang berkaitan? Stress la hari-hari Mama duk suruh call ingatkan Along. Ingat Anis ni PA Alongke? Kalau dapat gaji takpe la juga". Rungut Anis dalam nada menyakat si kakak. Saja nak kenakan kakak dia.

Aira mendengus. Mama pun satu hal juga, duk kecoh sangat pasai apa pun tak tau lah. Beli je la baju dah siap, kalau leceh sangat pakai je apa yang ada. Orang sana sekali pun takde effort nak call aku, memang tak la aku nak terhegeh-hegeh nak call dia. Entah hidup lagi ke tak orang sebelah sana tu senyap sunyi je. Tak kuasa aku nak beralah lagi memalukan diri.

"Ye la. Nanti Aong call. Along tengah busy ni. Jaga diri baik-baik. Kirim salam Mama dengan Aniq. Bye! Assalamualaikum". Pamit Aira laju malas mahu memanjangkan perbualan.

Klik.

"Waalaikumussalam". Jawab Anis. Marah sangat Along aku ni laju je end call bila cakap pasal kahwin. Lantak la janji dah bagitahu pesanan Mama. Malas la nak fikir hal orang tua ni baik sambung study lagi bagus. Pening aku.

Aira merenung telefon bimbitnya. Terbit rasa bersalah pada adiknya. Dia tahu Anis cuma menyampaikan pesanan Mama. Tapi Aira sudah mula hilang sabar dengan perangai tunangnya yang acuh tak acuh dan takkan dia nak terhegeh pulak kan? Gumam Aira sendirian. Dah la! Baik aku makan daripada fikir pasal kahwin yang entah bila nak selesai. Si Aira ni kalau bab makan memang paling juara. Pergghh! Nasi goreng ikan masin, telur mata dan air sirap sebagai menu makan tengahari siap makcik gerai bagi nasi lebih lagi. Macam tahu je aku kelaparan dari semalam nak jimat punya pasal. Semoga murah rezeki Makcik gerai! Bismillah, satu sudu besar masuk ke mulut Aira. Ya Allah, nikmatnya. Beginilah kehidupan seorang pelajar bernama Aira. Makan nasi sekali sehari je. Kalau malam alas perut dengan roti atau biskut cicah milo. Kalau lapar sangat masak maggi tak pun jalan ke Arked Cengal beli burger daging special RM3.00. Ingat jadi pelajar ni senang? Sengsara tahu jimat sana sini.

Aira tak nak merungut walaupun dia terpaksa mengikat perut untuk berjimat. Dia tak nak menyusahkan Mama dan tidak mengharapkan duit pencen Papa untuk menanggung perbelanjaannya di university. Anis dan Aniq masih bersekolah dan lebih memerlukan. Cukup lah duit yang Mama bagi setiap bulan dan dia tidak akan meminta lebih. Jika perlu dia akan berjimat cermat sebaik mungkin. Insyaallah Mama, satu hari nanti Along akan banggakan mama. Along kerja sungguh-sungguh. Amin. Eh jauh pulak fikirannya melayang. Masa makan pun teringat Mama. Sungguh la anak manja Mama. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab 6 - Di Buai Rindu Semalam

Bab 9 - Di Buai Rindu Semalam

Bab 5 - Di Buai Rindu Semalam