Bab 11 - Di Buai Rindu Semalam
Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam lebih juga la dari Johor Bahru. Jam di dashboard kereta menunjukkan angka 1.45 petang. Adoiii sakit punggung duduk lama-lama ni kalau lepak kolej je kan best dapat jugak tidur. Aira mengeluh.
Dipandang Aisyah dan Nurin yang nyenyak tidur di kerusi belakang. Macam budak-budak naik kereta je tidur, kena pulak alunan sejuk penghawa dingin, wassalam. Gerutu Aira dalam hati.
Zul mengerling Aira disebelah kerusi pemandu. Cantik Aira hari ini. Hmmm.
"Aira happy tak sekarang?" Abang Zul mengajukan soalan cepumas.
Terkejut Aira. Aku tengah sedap berangan, tak ada angin tak ada ribut tanya soalan. Perghhh! Macam mana aku nak jawab ni. Adoi kenapa la kawan aku dekat belakang tu tidur! Getus Aira. Kalau tak, Abang Zul takkan tanya soalan macam ni depan budak berdua tu.
"Alhamdulillah, Aira happy bang". Jawab Aira sambil matanya lurus memandang jalan raya . Tengok jalan jammed lagi best kot!
"Maksud abang, Aira happy tak dengan tunang Aira?" Zul tidak dapat menahan soalan yang dia ingin tanya dari hari Aira sampai ke JB. Sebenarnya soalan ini yang dia nak tanyakan sangat. Dia pandang Aira.
Aira mengeluh. Hmmm....
"Insyaallah Aira akan happy dan Aira akan sentiasakan doakan kebahagian abang jugak". Jawab Aira. Tak boleh jadi ni, aku kena gerak budak berdua tu kalau tak lagi banyak soalan 'luar alam' Abang Zul tanya nanti.
"Abang....eerr .... Abangg.." Zul tak sempat nak meneruskan ayatnya, laju Aira memotong.
"Wey koranggggggg, bangun dah sampai hoi!!!!" Jerit aira. Sengaja Aira buat nada girang gembira hahaha. Bukan apa, malas nak bagi Abang Zul tanya soalan merapu. Dulu masa aku feeling dengan dia, sikit pun tak heran. Syok sendiri aku! Aku ajak couple tak nak, selesa nak berkawan je katanya. Sekarang baru nak terhegeh ambil berat pasal aku gembira ke tak dasar jantan! Nasib la kau baik dengan aku, lembut la hati sikit. Eh! Kenapa pulak aku emosi sampai maki Abang Zul ni? Fuhh, emosi doh! Hahaha
"Eh sampai dah? Alhamdulillah. Eh lama ke kita orang tidur Aira?" Tanya Nurin sambil mengesat matanya. Pantas dia menyeluk tangan ke dalam beg, apa lagi touch up la beb! Hahaha
Aisyah masih lena. "Wey gila bangun la, apa susah sangat nak kejut minah ni!" Marah Nurin. Aisyah ni kalau dah tidur, bom meletup pun belum tentu sedar. Ya Allah minah sorang ni. Istighfar Aira sambil bahu Aisyah digoyang. Akhirnya Nurin geletek tapak kaki aisyah. Menjerit Aisyah. Hahahaha bingit kereta Abang Zul dengan ketawa mereka bertiga.
"Ape ni wey, kejam betul kau main geletek pulak". Rungut Aisyah, ngantuknya masih bersisa. Mana tak selesa, tidur dengan penghawa dingin memang best la. Aisyah menggeliat sambil tersengih memandang 2 sahabatnya.
"Korang tidur tak lama wey dari Johor sampai KL kira la berapa jam. Aku dgn Abang Zul memberuk berdua. Tak tahu nak cakap apa". Hahahah gelak Aira. Opsss! Aira terlupa, dia pandang Abang Zul, "Eh sorry bang, Aira terlepas cakap". Tak perasan. Aira tak pernah cakap kasar macam tu. Apa la Aira ni. Berkerut muka Abang Zul. Senyap.
Akhirnya sampai dekat KLCC, tapi kereta Abang Zul parking dekat Avenue K sebab murah Kahkah! Jalan kaki je dari Avenue K melalui laluan bawah tanah macam terowong untuk sampai ke KLCC.
Semua dah lapar ni daripada tadi tak makan, so kita orang pegi makan dekat Little Penang Kafe my fav place. Hehehe. Aku makan Nasi lemak Penang lauk ayam berempah, penang curry mee dan cendol nangka. Haha banyak makan kahkah. Nurin, Aisyah dan Abang Zul masing-masing order makanan sendiri sampai tak tahu nak pilih apa, mabuk tengok menu. Banyak yang best.
Aira bingkas bangun menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Aira lebih suka makan nasi menggunakan tangan lebih nikmat rasanya. Eee tabiat Aira tak boleh bawa majlis tak nak guna sudu garfu. Aira berjalan perlahan sambil memandang sekitar, tiba-tiba bukk! Lelaki di hadapan Aira bangun dari kerusi dengan mengejut menyebabkan Aira tidak sempat mengelak lalu jatuh terjelepuk. Aduhhh. Sakitnya bontot aku. Huh
"Cik sorry cik! Cik okay tak? Meh I tolong". Ujar lelaki itu . Serius dia tak perasan ada orang di hadapan dia. Leka sangat Aira!
Nasib la orang ni baik offer nak tolong dia. "Eh takpe. I pun salah tak perasan you dekat depan tadi. Sorry". Balas Aira sambil angkat muka memandang suara yang sedang bercakap dengannya.
Buntang mata Aira melihat lelaki di hadapannya. Apa lagi si lelaki. Dua-dua saling bercakap
"Awak?!" Aira dan si lelaki bertentang mata. Keduanya kaget.
"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Zafran dengan nada serius sebab terkejut. Setahu aku dia ada dekat Johor, macam mana boleh sampai sini? Detik hati Zafran. Tak sempat Aira menjawab, bertubi soalan Zafran seperti peluru berpandu. Buat apa? Dengan siapa? Zafran pulak acah ambil berat. Panik ke bro? Haha Dia pandang Aira dengan pandangan mata yang tajam. Harris buat muka hairan, siapa pulak perempuan ni kemain protective gaya soalan Zafran. Zafran tayang muka serius. Tapi cantik juga wey! Gadis ayu lesung pipit dipipi. Ceh siap nyanyi lagi. Gila Hahaha
Jenuh Zafran tunggu Aira buka mulut nak bagi alasan apa. Aku tak tahu pulak dia datang KL. Sempat dia membelek Aira dari atas sampai bawah, cantik dan sopan. Sejuk hati aku hahaha Dia tengok muka Aira dah merah padam. Takut la tu ke segan. Entah.
"Errr hmmm saya..... Saya..... Saya datang....." Aira gugup sampai gagap dah. Tak tahu nak cakap macama mana.
Tiba tiba, ada kelibat orang datang berdiri di sebelah aira.
"Aira kenapa ni? Aira okay tak?" Tanya Zul. Nampak Aira macam takut dengan lelaki tu. Siapa dia? Zul tertanya tanya. Dia pandang lelaki tu dari atas sampai bawah. Hmm hensem jugak, tinggi, badan tegap sado macam pergi gym, kulit cerah, pakai t-shirt putih, jaket, seluar jogger hitam dan kasut putih. Kalah aku ni. Desis hati Zul.
Siapa pulak jantan sebelah Aira ni. Huh kekasih dia ke? Ibu cakap dia single. Argghhhh baran dia nak mai dah. Siap kau Aira kalau kau tipu aku! Siap! Zafran genggam bulat tapak tangannya.
"Abang zul.... Hmm.. Kenalkan ni .... Zafran Mukhlis... Tunang Aira... dan awak... ni kawan saya Zul Hakim". Perlahan Aira bercakap. Terpaksa kenalkan sebab dia nampak muka Zafran dah macam nak telan dia. Aku belum ready nak mati lagi ni. Takut nanti Zafran cakap dengan mama. Oh tidakkkk! Aira pegi KL pun tak cakap dengan mama pun sbb rushing tadi. Terlupa.
Amboiii ber-abang pulak budak ni dah buat salah tahu panik. Dalam hati Zafran membara saat ni. Walaupun dia tak suka bertunang dengan Aira dia, tapi Aira dah tipu dia. Kalau tak kerana Harris ajak dia lunch sini, dia takkan jumpa si Aira ni berdua dengan jantan keparat ni.
Terlopong Harris menjadi penonton drama tak berbayar ni. Laaa, tunang Zaf ke? Terkejut Harris. Oh my god! Cantik siak! Tapi paling win nak gelak berguling bila tengok muka Zaf merah padam tahan marah. Apa ni bro? Kata tak suka la apa lah. Tapi ni jumpa tunang dengan lelaki lain membabi buta kau jealous wey! Kahkah
"Oh ye ke Aira? Sorry abang tak kenal. Saya Zul hakim, panggil je Zul." Jawab Zul sambil hulur tangan ke arah Zafran.
Muka Zafran masam mencuka tapi terpaksa buat manis. Buat malu dekat Harris je tengok. Nasib baik aku tak heret si Aira ni keluar kedai, kalau tak mau kecoh jadi viral pulak, mau Harris putus kawan dengan aku sebab malu. Tapi dia nak tahu jugak datang dengan siapa si Aira ni. Takkan berdua je? Gumam Zafran perlahan.
Zafran terpaksa senyum buat-buat mesra.
"Eh sorry, I Zafran Mukhlis just call me Zaf". Hehe ujar Zafran sambil pandang Aira yg masih ralit memandang lantai daripada tadi. Dia bersalam dengan Zul. Boleh tahan jugak la mamat ni. Si Aira senyap dari tadi, takut la tu.
"Sayang baru sampai ke ni? Tak cakap dengan Bie dah sampai sini. Mesti lupa ni kan nak bagitahu sebab lapar sangat kan?". Tanya Zafran tersengeh-sengeh konon happy jumpa tunang seolah takde apa terjadi. Bie dengan sayang pulak? Tenganga Harris yang daripada tadi menjadi penonton. Hahahaha
Aira angkat muka. Hah? Bie? Sayang? Wtf! Gerutu Aira dalam hati. Aira terpaksa meneruskan lakonan Zafran tadi mungkin dia nak cover depan Harris dan Abang Zul.
"Err hmm haah Bie, sayang baru je sampai ni terus order makan, dah lapar sangat tu yang lupa hihi Sayang datang dengan kawan dua orang lagi dekat sana tu". Tunjuk Aira disudut hujung kedai tempat duduk mereka berempat. Cepat-cepat Aira jelaskan tak pasal Zafran salah faham nanti.
Mata Zafran ikut jari Aira menuding ke arah meja disudut hujung kedai. Dia nampak dua orang perempuan yang rancak berborak. Lega la sikit hatinya Aira bukan datang berdua je. Tapi kenapa laki ni macam over je dekat tunang aku? Kemain panggil Abang bagai. Haii Zaf dah ngaku tunang ke? Soal hati. Hahaha
Zul Hakim merasakan suasana agak tegang dan awkward, laju dia minta diri tak nak rosakkan mood orang bertunang. "Eh, abang tak nak kacau korang lah. Abang tunggu Aira dekat meja ye. Bro, jumpa lagi". Zul sapa Zafran sebelum berlalu pergi. Zafran melemparkan senyuman "ikhlas".
"Err" Aira dah mula gagap. "Bie dengan siapa ni? Kawan ke? Bie dah siap makan ke?" Soal Aira laju. Dia terlihat Harris yang sedang tersenyum ke arahnya. Geli anak tekak ber-bie bie beruk bagai! Dia membalas senyum Harris, mungkin kawan tunangnya. Zafran tersedar dari lamunannya.
"Hah? Yup dengan kawan. Kenalkan, ni Harris kawan baik I. Masa study dulu". Jawab Zafran. Zafran toleh ke arah Harris yang sengih merenyam. "Dah siap makan dah. Tadi bie nak pegi bayar la tapi terlanggar sayang pulak". Jawab Zafran jujur sejujurnya. Kahkah. Berlakon memang tiptop.
Harris hulur tangannya kepada Aira nak bersalaman. "Hi! Aira right? I Harris Daniel but just call me Harris or panggilan manja Harry". Amboi Harris saje nak curah minyak dekat api hati Zafran yang membara. Kahkah. Aira gelak sambil tundukkan kepala tanda menolak sopan untuk tidak bersalaman dengan Harris. "Yes, I'm Aira. Nice to meet you Harry Potter". Aira pun merenyam juga. Zafran dekat sebelah dah macam nak telan dua manusia si Aira dan Harris. Menyakitkan hati! Dengus Zafran.
"Bro, kau tak cakap pun tunang kau cantik, manis macam ni". Puji Harris. Saje buat Zafran mengamuk. Hahahah Aira dah sengeh2 macam siput sedut. Hahaha. Zafran dah naik angin, kawan dia saje la tu. Nak naikkan darah dia.
"You buat apa datang sini? Tanya Zafran serius. Dah habis sesi bie sayang! Senyap-senyap tahu je dah sampai KL dia ni.
"Emm kawan I ajak datang KL, kebetulan weekend ni I sorang je dekat kolej tu yang join sekali". Jawab Aira. Huh tanya aku. Kau tu bodoh sombong dah bertunang seminggu tak reti nak whatsapps ke call aku tanya khabar. Cicak kobeng! Gerutu Aira.
" Ohh yeke? Takpe lah. Hati-hati. Nanti I Whatsapp lah. I dah nak balik ni. Jaga diri, assalamualaikum". Pesan Zafran tanpa perasaan, muka dah kelat tak senyum macam tadi. "Jom bro balik". Ajak Zafran ke arah Harris sambil berlalu ke kaunter bayaran. Harris daripada tadi diam jadi penonton setia, malas nak ganggu lovebirds yang tengah serius berdiskusi hal rumah tangga. Nanti salah masuk line, tak pasal aku kena marah dengan Zaf. Hahahah dia berlalu pergi hanya pandangan mata Aira hantar keluar.
"Waalaikumussalam". Jawab Airan perlahan tapi Zafran dah keluar daripada kedai entah dengar ke tak salam aku tu. Aira pandang Harris, "I balik dulu ye. Jumpa lagi Aira. Fyi, si singa tu tengah mengamuk tengok you all berdua tadi". Heheheh bisik Harris.
Gulp! Terasa kelat air liur Aira. Si Singa? Habis la kali ni. Huaaa!!!! Mama maafkan Aira!!!!

Ulasan
Catat Ulasan