Bab 3 - Di Buai Rindu Semalam

Aira tersedar dek kerana bunyi kecoh di luar. "Gosh, apa bising sangat ni. Pagi-pagi dah kecoh". Aira tengok jam dinding, pukul 9 pagi kot. Huh aku nak tidur pun susah. Aira bingkas bangun dari katil, lalu melihat mukanya di cermin, di sanggul rambut paras bahu itu dan memulas tombol pintu.

Hjh Hanani senyum sampai ke telinga, melihat anak daranya sudah bangun dari tidur.

"Hah along dah bangun? Tengok Mak Long kamu ni bawak apa, hadiah pertunangan nanti" - Hjh Hanani berbasa-basi. Mak long Aini melihat Aira sambil tersengih.

" Meh sini sayang dekat mak long". - Mak long Aini bahagia sangat anak saudara sulunh nak kahwin, merangkap ibu susuan Aira masa kecil dulu. Harapkan si Husna anak sulung dia, tunggu beruban pun tak kahwin lagi. Memilih sangat... Ya Allah sakit kepala, dah berapa lelaki dia cari tetap anak dia tak nak. Kerja la busy la takde masa la. Takkan la jadi pramugari takde calon.

Aira sakit kepala dengar. Adoiiii pagi-pagi dah nak gila. 😥😥😥😥

" Ya Mak long, apa ni? Susah-susah je beli lagipun tunang je tak tahu lagi kahwin ke tidak." - Aira tengok mama nya. Geram bercampur sayang, hatinya retak sejuta. Dush!!!

" Ish apa cakap macam tu, tak baik tau. Hehe. Dah nak kahwin Aira, Mak long rasa macam kecik je lagi Aira." Mak long aini mengusap kepala Aira dengan lembut.

Aira tengok mama nya diam je. Dia malas nak gaduh.

"Mak long, Aira pergi mandi kejap ye." Aira terus berlalu ke dalam biliknya.

...............

Geram sakit hati sedih semua ada. Nak nangis tak boleh. Aira duduk diatas katil, dia ambil iPhone 6+ nya terus mencari nombor si Muflis tu. Dah la nak tunang dia tak call pun aku. Apaaku ni kemaruk sangat huh.

Tutt..

Tuuttt...
Tutttt.....

Tttutttt...

" Hello,? Suara garau terdengar dihujung talian tu..



Zafran Mukhlis

Eh dia ni salam takde terus hello - Aira dlm hati.

" Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Zafran bin Muflis" - Opssss arghhhhh silap sebut la, Zafran Mukhlis. Aira bingung kejap. Dipicit-picit kepala nya yang tak sakit.

" What???????? Muflis????? - Marah Zafran, dah la kerja banyak angkat call pulak orang gila mana silap sebut nama. Berderau darah Zafran.

"Sorry sorrryyy sorrryyyy. Saya tak sengaja. Maafkan saya. Saya nak bercakap dengan Encik Zafran bin Mukhlis boleh tak?" Jawab Aira berhati hati nanti silap lagi abislah.

Dengus Zafran. Huh " Yes, 5 minute. Ada apa?"

Aira tengok balik telefon dia betul ke ni nombor Zafran. Mama cakap orangnya lemah lembut berbudi bahasa kejadah mcm ni.

" Saya Aira Mikaila, bakal tunang awak!" Gulp! Aira menelan liurnya. Seram pulak aku ckp macam ni. Hahahah.

"Ohhh hmmm ada apa call?" Jawab Zafran macam endah tak endah melayan.

What??? Dah la aku tengah sakit hati, boleh pulak dia jawab macam ni? Ya Allah ampunkan hambamu. Aira dah tak boleh sabar dah. Tak boleh! Titik.

" Helllo??? Org disana, cakap elok-elok tak boleh ke? Saya call ni niat baik, bukan nak cari gaduh. Apa saya tak boleh call ke bakal tunang saya? Dah la tak pernah jumpa. Entah entah ikan paus mana". Huh Aira melepaskan amarah dia. Part last tu Aira cakap perlahan sikit.

Hahahaha Zafran ketawa berdekah-dekah. Sedap nya mulut bakal bini aku? Ikan paus dia cakap aku. Nak kena ni perempuan ni.

" Ye sayang, ada apa call hubby? Sayang rindu ek? Sabar la tak lama dah nak kahwin. - Haha ketawa Zafran dalam hati, terkemut mulut menahan gelak.

Sah! Sah! Sah! Zafran gila. Berdiri bulu roma Aira dengar perkataan sayang. Gila betul mamat ni.

" Eeee tak payah nak bersayanh sangat la Encik Zafran. Geli saya dengar nak muntah" Wekk wekkk sekali dengan cara Aira buat padahal cakap dalam telefon je kot.

" Minggu depan masa bertunang awak datang ke tak?" Tanya Aira menukar topik, lelaki ni gila baru call dah sayang, jangan sampai aku melayang-layang sudah. Haha Aira tiba-tiba senyum. Bila teringat hal sebenar muka Aira masam balik. Macam robot.

" I tak sure lagi, kalau tak busy I pergi kot. Kenapa?" Zafran dah busy kerja berlambak lambak, ni pasal la tak nak kahwin. Streesss.

Aira menahan sabar, sebab mama je aku tak nak kurang ajar ni. Aira mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Nanti datang lah, saya nak jumpa awak. Ada perkara nak tanya nanti. Assalamualaikum! Klik.

Tut..
Tuutt...tuutt...tuttt..

Zafran tgk telefon bimbit dia. Hah? Dia letak mcm tu je? Lantak dia la. Dia terus membuat kerja dia.

Aira terus letak telefon. Lagi lama aku cakap dengan ikan paus tu makin meroyan aku. Eh? Ada nama panggilan dah. Huaaa mama!!! Jangan buat Aira mcm ni.

# Sorry lambat update sbb kerja. Btw please komen kalau baca. Kasi idea skit. Hehehe 🐈
Budak baru belajar nak menulis hihi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab 6 - Di Buai Rindu Semalam

Bab 9 - Di Buai Rindu Semalam

Bab 5 - Di Buai Rindu Semalam