Bab 4 - Di Buai Rindu Semalam
"Assalamualaikum... Ibu... Ooo ibuuuu.. Buuu?" Eh pintu tak berkunci ke mana ibu ni? Zafran yang baru pulang dari kerja lewat jam 6 petang terus membuka kasut dan meluru masuk ke dalam rumah. Menyesal lalu KL tadi. Sesak! Penat teramat dengan kerja bertimbun, 2 orang pekerja tapak ambil MC, mesyuarat dan lawatan tapak lagi dengan cuaca yang agak terik hari ini. Lalu zafran duduk di atas sofa ruang tamu. Butang kemeja di bukak 3 butang. Tangannya memicit kepala. Penat sungguh!
" Eh anak kesayangan ibu dah balik? Zaf nak air? Ibu boleh ambilkan. - tegur Hjh Nasuha dari dapur, lalu duduk disebelah anaknya sambil mengusap belakang anaknya. Kasihan penat bekerja.
"Boleh juga bu. Zaf nak fresh orange". Hehe sekali-sekala bermanja dengan ibunya. Hjh Nasuha membawa mug berisi air kegemaran Zaf, fresh orange. "Banyak kerja hari ini Zaf? Ibu tengok kamu macam nak pengsan, muka pucat, berpeluh kemain. - Soal ibunya
" Haah bu" jawabnya sambal meneguk air. Lega tekaknya sejuk sampai ke perut! "Harini lawat tapak projek dekat Serdang, kemudian ke KL pulak dengan jalan jammed tadi. Pekerja dekat tapak 2 orang ambil MC. Pening Zaf macam-macam kerenah. Sakit kepala Zaf. Ibu tolong la picitkan kepala Zaf ni". Rengek Zaf manja betul dengan ibunya.
Tersenyum Hjh Nasuha dengan permintaan anak lelaki nya sorang ni. Ikutkan hati banyak cerita dan soalan yang hendak ditanyakan kepada Zafran. Nak cakap sekarang nanti merajuk tarik muka pulak. Haritu cakap pasal tunang je 3 hari tak sarapan di rumah, balik kerja lewat tunjuk protes.Hjh Nasuha mengelamun sekejap.
Harapkan anak sulung perempuan Nurin ilyana, merantau jauh mengikut suaminya yang berkerja dinegara orang dan menetap disana.Jumpa setahun sekali tak pun 2 kali setahun. Hanya boleh nak bermanja dengan zafran jela.
"Ibu ada nak bagitahu Zaf apa-apa ke? Zaf tengok ibu mengelamun je ni? Soal Zaf pelik dgn ibunya. Takkan daripada tadi aku bercakap sorang- sorang, ibu tengah sedap termenung jauh. Oh Ibu!
" Hmm. Kalau ibu tanya Zaf, Zaf jawab elok-elok boleh? Pasal pertunangan kamu". Hjh Nasuha malas nak berteki-teki dengan anaknya. Dia mahu urusan pertunangan diselesaikan dengan cepat. Zafran ni kalau dah sibuk memang tak nampak batang hidung. Kalau boleh tidur di pejabat agaknya.
Alamak! Terlepas cakap, Zafran sudah dapat meneka.
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata? Padah akibatnya! Adoi, kenapa la aku boleh terlupa, mesti ibu nak tanya pasal pertunangan tu.
"Tanya la bu". - Balas Zafran.
Hjh Nasuha tersenyum, Alhamdulillah, anaknya menunjukkan minat untuk mendengar soalannya. Hehehe
"Zaf tak nak jumpa Aira ke sebelum bertunang ni? Yalah, Zaf kan tak pernah jumpa lagi. Mana tahu ada perkara yang nak dibincangkan, hal bertunang, persiapan atau apa-apa. Tak baik Zaf buat tak endah, kasihan Aira nak uruskan sendiri.
Zafran mengeluh. Huh. Hmmm
"Ibu, kan Zaf dah cakap semuanya Zaf serahkan pada ibu. Zaf busy la bu. Apa la sangat setakat nak bertunang je, belum nak kahwin lagi majlis besar-besaran bagai". Ikutkan hati Zaf, dia malas betul nak fikirkan hal pertunangan dengan Aira ni. Tapi diikutkan juga kehendak Ibu tidak mahu dicop anak derhaka. Tak sanggup rasanya melihat ibu bersedih, nanti naik darah tinggi ibunya.
"Takde la, si Aira cakap dia call Zaf tapi Zaf busy sangat nak bincang hal ni". Luah Hjh Nasuha.
Hah tu dia. Ni lah perkara sebenar nya. Kemain bakal tunang aku ni dah pandai mengadu dengan mak aku pulak.
"Yela bu. Nanti Zaf call ya. Zaf nak naik dulu, nak mandi dan solat. Zaf rasa nak pengsan dah ni". Zaf tersengih sambil mencium tangan ibunya. Hjh Nasuha melihat anak terunanya meniti tangga ke rumah atas dengan mata redup. Walaupun degil, tapi Zaf tetap mendengar kata.
Zaf masuk ke dalam bilik terus menghempas badannya ke atas katil. Fuhh! Lega dan nikmat apabila dapat berehat selepas seharian bekerja.
Fikiran Zaf menerawang sambil memikirkan apa la perempuan tu nak sangat dengan dia ni. Masalah betul! Zaf memejamkan mata sambal tangannya menyeluk poket seluar kerja yang dipakai untuk mengambil telefon bimbitnya. Zaf termenung melihat skrin telefon bimbitnya. "Hmm. Nak call ke tak? Baru jam 6, dia tak buat apa kot. Kalau whatsapp lambat." Laju jarinya mencari incoming call nombor yang tidak bernama. Almaklum, belum sempat nak simpan nombor bakal tunang hehe. Lantas nombor milik Aira ditekan.
Tutt. Tuuutt..
Tutttt..... Tuutt
Tutt....
Tutt...
"Hello, Assalamualaikum". - Lembut suara Aira menyapa. Haaa! Lelaki mana dengar mau tak caiqqqq! Bakal bini siapa alahai! Cehh! Terus mengaku bakal bini. Hahaha
Hmm. Sedapnya suara, lembut. Macam mana agaknya rupa bakal tunangnya ini ya. Tersenyum Zaf. Hehehe
"Hello? Hello? Nak cakap ke tak ni? Dah call orang, tapi senyap pulak. Huh!"
Zafran tersedar dari lamunannya. Membebel pulak si Aira ni.
"Ada apa yang sayang nak cakap dengan hubby tadi?" Entah kenapa tiba-tiba datang perangai kuat menyakat Zafran hendak mengusik Aira. Padahal hati tak suka. Banyak songeh betul!
"Hah? Hubby? Sayang? Gila ke apa". Getus hati Aira.
Aira membelek semula skrin telefonnya. Eh nombor Zafran! Macam mana boleh tak perasan ni.
What? Dia call? Hah? Biar betul ni. Kena screenshoot untuk bukti. Haha OMG!
"Ermm. Ermm. Saya nak jumpa awak esok boleh ke? Esok weekend awak cuti kan? Soal Aira dengan tergagap. Terkejut bakal suami telefon!
Sebenarnya Aira nak pujuk si Zaf untuk sama-sama batalkan perkahwinan ni. Mereka berdua tidak saling mengenali apatah lagi sayang! Macam mana nak kahwin. Harapnya Zaf setuju.
"Tengok la macam mana nanti. Ni je ke awak nak tanya? Takde dah? Kalau takde apa saya nak tido ni, penat. Ingatkan ada hal penting sangat tadi sampai mengadu dengan ibu saya. Bye!"
Klikkk!
Huh! Zafran mengeluh.
Berasap kepala Aira apabila Zafran mematikan telefon begitu sahaja. "Aku nak bincang elok-elok dengan dia. Dia matikan macam tu sahaja? Gila kurang ajar! Siaplah kau esok, kalau datang. Dasar ikan paus!. Kalau ada depan aku sekarang ni, memang aku tonyoh kepala hotak dia!" Rengus Aira. Menyakitkan hati betul. Aira menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan hatinya yang terbakar dengan perangai Zafran. Mata Aira terpandang kalendar diatas meja tepi katil. Betul ke aku nak bertunang ni? Tak lama lagi nak masuk final sem. Kos Ukur Bahan aku ni lagi nak final lagi susah, mana nak fikir tajuk tesis lagi. Dugaan apakah ini?!
Aira terdengar sayup namanya dipanggil oleh mama dari luar bilik. Laju langkahnya menuju ke pintu bilik untuk ke dapur.
"Yeee maaaaaaa! Coming!" Sahut Aira sambil berjalan ke dapur.
# sorry kalau boring sikit. Hihi enjoy. Please komen yerrr.

Ulasan
Catat Ulasan