Bab 5 - Di Buai Rindu Semalam

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagai mana hendak ku buktikan.
Segalanya kembali segar semula.
Hingga aku sukar melupakan semua.
Berlarutan wajah mu dimata
Apakah kau masih seperti dulu.

Pagi-pagi radio Era FM sudah memutarkan lagu Hafiz feat Misha Omar. Awal pagi dah layan jiwang siot woi! Haha

Breakfast hari ini disediakan khas oleh Chef Aira, Masterchef dari Pahang. Kemain berangan! Hahaha tak apa, self-proclaimed bukan selalu.

"Ok. Menu hari ini ialah nasi goreng telur dan sandwich chicken mayo." Perghh. Tekak mat saleh ini hari dong! Tidak dilupakan bancuhan air teh o panas nanti tercekik susah pulak kan. Kahkah OK, SIAP!

Berbunga-bunga hati Aira pagi ini kerana awal pagi lagi suara Abang Zul menyapa telinga. Tersenyum-senyum macam orang tak betul pun ada HAHA. Terlupa seketika tentang masalah pertunangan.

Teringat perbualan dengan Abang Zul tadi. "Bila Aira nak balik Johor? Nanti Abang boleh jemput dekat airport." Sebenarnya, boleh je kalau aku naik bas atau minta kawan jemput, tapi dah alang-alang ada orang offer rezeki jangan ditolak! Abang Zul memang selalu tolong aku, baik sungguh hati dia. Untung bakal isterinya nanti. Aira tersenyum kambing. Eh!

"Amboi Along, happy Nampak? Kenapa?" Sergah mama nya. Hjh Hanani daripada luar lagi pelik dengan kelakuan anak daranya yang satu ni. Bangun bukan main awal, jam baru menunjukkan jam 8 pagi. Selalunya kalau tak dijerit, jam 10 pagi belum tentu bangun. Gumam Hjh Hanani. Masuk dapur sambil menyanyi. Tengok atas meja makan, sarapan pun ada. Hairan bin Ajaib si Aira pagi ni. Dah selesaikan ke masalah dengan si Zaf?

Hjh Hanani hampir terlupa untuk memberitahu anak daranya tentang kedatangan bakal mak mertua dan bakal tunang Aira. Ibu Zaf ada menghubungi Hjh Hanani semalam menyatakan hasrat untuk datang ke rumah hari ini. Niat nak berjumpa dengan Aira secara empat mata dan Zaf pun boleh berkenal dengan Aira sekali. Aira dah bising bila nak berjumpa dengan bakal tunangnya. Tak sampai seminggu lagi nak bertunang. Selesai majlis bertunang Aira akan pulang ke Johor menghabiskan semester akhirnya.

"Ma, Aira nak la tengok bakal tunang Aira dulu. Cukup ke tak sifatnya. Kot takde hidung ke tak nak la Aira". Omelan Aira hanya dibalas dengan senyuman oleh Hjh Hanani. Sampai ke situ pulak fikiran si Aira ni. Paranoi sungguh anak dara sorang ni!

"Along? Anis dengan Aniq mana? Tanya Hjh Hanani. Senyap sunyi pulak rumah tak nampak batang hidung budak berdua tu.

Aira menoleh ke belakang melihat mamanya berdiri tegak macam Warden. Gulp! Aira menelan air liur sambil tersengih. Ah sudah! Mama nampak ke aku menyanyi tadi? Malu oi!

"Anis ke rumah Mimi, ma. Katanya nak buat revision. SPM pun tinggal berapa bulan je lagi." Jawab Aira. "Aniq ada training bola pagi ni dekat sekolah. Mama lupa la ni. Semalam kan Aniq dah bagitahu makan malam". Hjh Hanani baru teringat. "Oh! Mama lupa la Along hihi".

"Along, kejap lagi pergi rumah Maklong ye. Ajak Maklong makan tengahari dekat sini. Kalau ada Husna, ajaklah sekali. Lama Ma tak jumpa dia". Pesan Hjh Hanani sambil membuka pintu kabinet, tangan mencapai keluar pinggan dan mangkuk.

"Hmm pelik ni kalau mama keluarkan pinggan mangkuk kesayangan dia dari kabinet. Maknanya ada orang nak datang la ni. Siapa agaknya ya? Jengjeng!" Bisik Aira sambil mencapai tudung saji untuk menutup sarapan diatas meja.

"Ma, ada orang nak datang rumah kita ke hari ini? Pinggan mangkuk kesayangan Mama pun dah keluar ni. Ma tak bagitahu Along pun?" Soal Aira pelik. Tiada angin tiada rebut tiba-tiba ada tetamu.

"Eh Along ni. Patutnya Mama yang tanya Along kenapa tak bagitau Mak Zaf & Zaf nak datang harini. Tak sempat nak pegi pasar beli apa yang patut". Nasib baik 2 hari lepas Hjh Hanani tergerak hati nak ke pasar. Rupanya ada tetamu yang nak datang.

Aira bingung. Hah? Aira terpinga-pinga sambil menggaru kepala.

Alamak! Aira teringat kembali perbualan telefon dengan Zaf beberapa hari lepas. Memang sepatutnya aku berjumpa dengan Zaf hari ini nak bincang pasal batal tunang. Tapi, Zaf tak bagi kata putus, aku agak tak jadi lah. Terus datang rumah pulak si Muflis ni! Rosak mood aku. Ingat nak berjimba bersuka ria.

"Bukan ke Along ada call Zaf nak ajak jumpa? Awal pagi tadi Hjh Nasuha call Mama cakap nak datang harini. Mama ajak makan tengahari sekali. Dah Along tak payah buat muka macam tertelan biji getah. Tolong pegi pekan sat cari sayur". Ujar Hjh Nasuha. Last minute macam ni pening juga kepala Hjh Nasuha namun otaknya sedang ligat memikirkan menu yang hendak dimasak.

Lemah longlai Aira berjalan naik ke atas rumah menuju ke biliknya. Baju lengan pendek yang dipakainya tadi ditukar dengan tshirt lengan panjang berwarna kuning belang putih. Tudung instant berwarna cream disarung ke kepala. Aira mengomel di dalam hati. Sakitnya hati aku! Sepatah haram mesej ke Whatsapp pun takde bagitahu nak datang rumah. Tiba-tiba nak datang pulak.

Aira mencapai iPhone 6+ diatas meja solek lantas aplikasi Whatsapp dibuka.

"Salam. Awak memang perangai macam ni ya? Suka menyusahkan orang!"

Send to Ikan paus.


One tick.

Double tick.

Ok.


Si ikan paus is typing......

"Waalaikumussalam. Buat apa pulak ni?"

"Awak tak cakap pun nak datang hari ini kan? Saya tanya haritu awak cakap tengoklah. Huh!" – Balas Aira.


Si ikan paus is typing......

"Few days ago awak dah bagitahu nak jumpa kan. Tak payah la nak ulang banyak kali".

"Ya. Tahu saya dah bagitahu awak nak ajak jumpa. Tapi awak tak bagi kata putus pun. At least bagitahu la saya dulu ke, Mama dah kelam kabut bising takut tak sempat nak masak". – Balas Aira lagi.


Si ikan paus is typing......

"Awak memang jenis banyak songeh ke ni? Banyak hal betul. Nak saya datang ke tak ni?"

Eh dia ni. Main ugut-ugut pulak. Sebal hati Aira. Laju jari jemarinya menaip balas.

"YAAAA DATANGLAH WAHAI BAKAL SUAMIKU SAYANG IKAN PAUS KEPALA BATU!"


Huh! Puas hati Aira. Siap capslock aku bagi. Biar buntang biji mata dia. Padan muka kau!

Ding!

Hampir tersedak Zafran membaca mesej reply si Aira. Hahahahaha berdekah gelak si Zafran mujur tak tersembur nasi goreng yang dimakannya sampai ibunya pun turut menoleh. Terkejut Hjh Nasuha mendengar ketawa Zafran entah apa yang melucukan. Perangai budak zaman sekarang sampai nak makan pun masih dengan telefon bimbit. Lepas tu boleh pulak gelak sorang-sorang. Macam-macam lah Zaf ni.

"Zaf? Where is your manners? Ibu dah pesan kan, kalau nak makan jangan main telefon. Kamu nak makan nasi ke nak makan telefon hmm? Tercekik nanti macam mana?". Geleng Hjh Nasuha melihat gelagat anak terunanya.

Zafran masih leka melihat skrin telefonnya. "Zaf, papa ada call kamu tak? Mama ada bagitahu kita nak pegi rumah Aira harini. Nak berkenalan dengan bakal besan dan menantu. Busy semedang papa kamu tu meeting sana sini. Anak nak bertunang nak kahwin papa masih sibuk. Papa pun dah lama tak datang ke rumah arwah Jaafar. Last masa arwah sakit 3 bulan lepas". Omel Hjh Nasuha.

"Hah? Apa bu? Papa? Oh, papa ada call Zaf semalam tanya pasal bakal menantu dia. Papa cakap sorry juga sebab meeting dia kena extend ada urgent matters. Esok papa balik dan jangan risau papa tak lupa yang Zaf nak bertunang Khamis depan. Ibu tak payah runsing sangat lah. Papa cari rezeki kan tak ke mana pun dia". Zaf memandang ibunya dengan penuh kasih sayang mengerti risau hati ibu papa terlampau kuat bekerja.

"Makan la bu. Jangan risau sangat papa tak lari ke mana. Kalau papa macam-macam, Zaf sendiri heret papa balik". Usik Zaf mengusik Hjh Nasuha.

Ketawa Zaf masih bersisa mengingatkan kembali mesej terakhir yang dihantar oleh bakal tunangnya. Boleh tahan garang bakal tunangnya ini. Tak boleh diusik lansung terus macam puting beliung amuknya. Haaa ni yang tak sabar nak jumpa boleh kacau lagi hahah! Gelak Zaf di dalam hati. Macam mana la rupa si Aira ni ya.

Selesai sarapan, Zaf duduk bersantai diluar rumah. Jam ditangan menunjukkan jam 9 pagi. Kejap lagi nak gerak ke Kuantan rumah Hjh Hanani. Ibu usai makan terus naik ke bilik bersiap gaya macam banyak barang nak dibawa. Maklumlah nak ke rumah bakal besan kan. Buah tangan pun ibu sudah beberapa kali berpesan kepadanya jangan lupa dibawa masuk ke kereta.

Zaf bergerak ke kolam ikan peliharaan papa dan duduk di gazebo tempat kegemaran mereka sekeluarga beristirehat. "Betul ke aku nak tunang nak kahwin bagai ni? Majlis pertunangan tinggal beberapa hari je lagi". Dia tahu ibu risau, papa pergi meeting dekat Singapura dah 2 minggu. Sepatutnya papa balik semalam tapi ada urgent matters beliau terpaksa berada disana sehari lagi.

Walaupun keluarganya mempunyai syarikat perniagaan sendiri yang diuruskan oleh papa, Zaf memilih untuk berdikari sendiri. Tamat sahaja belajar, Zaf terus memohon pekerjaan di syarikat pilihannya dengan alasan ingin menimba pengalaman. Zaf tahu lambat laun, dia perlu mengambil alih tempat papa untuk menguruskan perniagaan keluarga kerana dia adalah waris tunggal papa. Syarikat keluarganya merupakan perusahaan perabot jati yang kini sedang berkolaborasi dengan syarikat luar sebagai pembekal. Manakala bidang Zafran pula jauh berbeza iaitu bidang kejuruteraan elektrik. Namun, Zaf tahu dia perlu bersedia daripada sekarang untuk menguruskan perniagaan papa. Mujur papa tidak memaksa dan memberikan dia masa.

"Zaf oh Zaf? Panggil ibunya, Hjh Hanani

"Hah? Ye bu?' Zaf tersentak. Jauh rupanya aku mengelamun.

"Zaf dah siap? Jom la kita bertolak takut lewat pulak sampai. Tunggu lama nanti Hjh Nasuha dan Aira nak makan dengan kita. Cepat pergi cepatlah kita balik". Ajak ibunya. Walaupun Kuantan-KL tidak jauh, namun Hjh Hanani kasihan dengan Zaf takut kepenatan.

"Ibu dah bawa barang kain baju semua ke? Usik zaf. 1 jam juga ibu bersiap bagai semua kot la packing baju sekali kan.

"Buat apa nak bawa baju? Bukan nak tidur sana? Ibu bawa kek coklat ni je. Semangat ibu buat lepas Zaf cakap nak pegi rumah Aira. Nak bagi Aira rasa ni." Balas Hjh Hanani dengan gembira. Orang dah tak sabar nak terima menantu la katakan.

"Mana la tahu bu. Kot ibu nak tidur semalam dekat sana ke kan. Nak berkenalan dengan bakal menantu kan". Tergelak Hjh Hanani diusik oleh anak terunanya. Lama sangat ke aku bersiap hahaha

"Dah dah jom la Zaf kita gerak. Tak payah nak perli ibu sangat lah". Balas Hjh Hanani. Ketawa Zaf masih bersisa sehingga keretany meluncur ke jalan besar.

#sorry kalau jalan cite xbest. Enjoy !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab 6 - Di Buai Rindu Semalam

Bab 9 - Di Buai Rindu Semalam