Bab 6 - Di Buai Rindu Semalam
Aira sedang bersiap ala kadar calit sedikit lipstick, ratakan bedak yang bercapuk macam oprah cina nanti terkejut beruk pulak bakal mak mertua dan bakal tunang aku. Seloroh Aira sendiri sambil ketawa. Dia memakai baju kurung moden plain berwarna kuning cair. Kemudian meletakkan shawl berwarna cream yang sudah digosok diatas kepala dan dililit dgn cara zaman moden sekarang. Sesuai dengan Aira yang berkulit cerah, mula berbentuk bujur seperti Mama dan tinggi hmm tak berapa nak tinggi sangatlah, 160 cm. Hidung Aira sedikit mancung mewarisi hidung arwah abah. "Boleh tahan jugak lah!". Alamak puji diri sendiri pulak getus Aira sambil tersenyum.
Done! Bisik Aira sambil membelek dirinya di cermin.
Aira melangkah keluar dari bilik dan menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah. Mata Aira meliar memerhatikan keadaan rumah dan matanya terpandang meja makan yang berhadapan dengan tangga. "Mak aihh! Banyaknya mama masak?" Terkejut Aira. Mama ni nak jemput jiran-jiran sekali ke? Silap hari boleh kenyang sampai lusa ni.
Mama keluar dengan membawa mangkuk besar berisi kauh kari. Ya Allah, semerbak harum bau kari ikan mama membuatkan perut Aira berdondang sayang. Jam di dinding menunjukkan angka 12.30 tengahari. Mana tetamu kehormat yang tak sampai lagi ini.
"Hah, Along dah siap? Cantiknya anak mama ni. Macam gadis ayu zaman 80-an pakai baju kurung cotton". Usik Hjh Hanani sambil tersenyum bangga. Hjh Hanani terbayang wajah arwah suaminya Hj Jaafar tatkala melihat anak sulungnya ini cetus hati kecilnya. Sempat juga dia menitip doa buat arwah semoga tenang disana.
Aira tersenyum sumbing apabila dipuji oleh mamanya sambil senyum semewek bak kata orang Kelantan senyum tersipu malu.
"Alaaa mama ni. Macam tak pernah tengok anak mama ni dress up cantik kan? Aira kan memang cantik cun melecum. Eh kan dah masuk bakul angkat sendiri haha!" Gelak sakan Aira.
"Ma nak buat kenduri panggil jiran tetangga ke banyak sangat menu ada nasi ayam, mee kari dan siap dengan puding caramel lagi. Siapa nak habiskan ni mama?" Tanya Aira.
Hjh Hanani membalas, "Bukan selalu pun mama masak lebih macam ni. Kita nak jamu orang jauh, lagipun Maklong pun nak datang kan. Along singgah rumah Maklong jemput tadi kan?"
"Tadi masa Along singgah rumah Maklong, takde orang. Tapi Along dah call Maklong bagitahu. Maklong kata Insyaallah dia datang". Jawab Aira.
Tiba-tiba dengar suara memberi salam dari muka pintu. "Assalamualaikum Ngah". Sapa Maklong Aini daripada luar. Panjang umur Maklong Aini, baru sahaja nama disebut terus muncul di luar rumah. Maklong Aini membuka kasut dan terus ke ruang makan bersalam dengan Hjh Hanani dan Aira yang sedang berborak rancak.
"Eh Kaklong, datang sorang je ke? Husna mana? Dah pesan dengan Along tadi suruh ajak Husna sekali". Tanya Hjh Hanani kepada satu-satunya kakak yang dia ada selepas kedua orang tua mereka meninggal. Saudara-mara kebanyakkan berada di nun jauh di Kelantan. Mereka hanya dapat berkumpul beramai semasa hari raya sahaja.
"Husna baru sampai dari London subuh tadi. Kasihan pula nak ajak dia, kepenatan. Tapi Husna pesan, minta bungkuskan puding karamel yang Ngah buat. Favorite katanya hihihi". Mesra Maklong bercerita.
"Eh boleh je. Bukan setakat puding karamel, nasi ayam dan mee kari pun Ngah bungkuskan nanti. Ya lah, 2 minggu husna duduk tempat orang. Bagilah dia berehat dulu mungkin masih jetlag". Nasib Hjh Hanani sama dengan Kaklongnya yang kehilangan suami semasa anak-anak tengah membesar. kehilangan suami masa anak anak tgh membesar. Tapi Kaklong ada seorang sahaja anak, Husna. Pemergian Arwah Sudin amat mengejutkan mereka sekeluarga, namun arwah seperti dapat menjangka. Arwah telah mempersiap keperluan penting walaupun tidak besar mana, namun cukup untuk Kaklong membesarkan Husna dengan baik dan sempurna.
Ralit sungguh Hjh Hanani, Maklong Aini dan Aira berborak hingga tidak menyedari ada orang memberi salam di luar rumah. Aira menjengah kepala ke luar pintu gelangsar. Oh, Anis dah balik rupanya.
"Assalamualaikum maaa". Kedengaran suara Anis memberi salam dari luar rumah dan suaranya semakin dekat. Terjengah kepala Anis di muka pintu sambil memberi salam sekali lagi. Pintu sudah terbuka, lalu Anis masuk ke dalam rumah sambil menggalas beg yang membawa keperluan sekolahnya. Rajin sungguh adik sorang ni. Semoga dia berjaya dalam pelajaran sempat Aira menitip doa buat adiknya itu.
"Nis mana adik kamu? Tadi mama ada Whatapps kan, minta tolong jemput Aniq dekat sekolah sekali". Tanya Hjh Hanani.
"Ada tu Aniq dekat luar. Dia sambung main bola lagi dengan kawan sekolah dia. Panas dekat luar tu. Anis dah ajak masuk tapi masih lagi nak main. Tak larat nak berdiri lama, hangat. Anis naik dulu ya, nak mandi nanti Anis turun balik". Tutur Anis lembut sambil bersalaman dengan Hjh Hanani dan Maklong Aini lalu naik ke tingkat atas rumah.
Aira lantas menjenggah kepala di pintu rumah, matanya melilau mencari kelibat adik bongsunya yang satu itu. Hah! Target ditemui. Degil betul budak sorang ni. Panas terik macam ni pun gigih nak main bola lagi. Tak puas ke main dekat sekolah tadi. Degil sungguh, nanti deman merengek macam budak darjah 1. Aira meraba dengan kaki mencari selipar lalu menyarungnya. Matanya masih lagi tertumpu kepada Aniq yang berada di luar pagar.
"Adik! Masuk cepat. Tengahari buat main bola lagi. Panas ni". Panggil Aira dari jauh.
"Adik! Panas ni nanti demam". Aniq tergelak melihat kekalutan Kaklong superwoman yang terkocoh berjalan ke arahnya.
"Long, jom la main bola dengan adik kejap". Ajak adiknya.
"Eh tak nak lah. Along dah siap cantik pakai baju kurung, adik ajak main bola? Koyak kain Kaklong nanti". Balas Aira sambil mengipas dirinya dengan tangan tanda panas.
"Alah long kejap je cepat la. Please sekali je". Rengek adiknya sambil rapatkan kedua telapak tangan memujuk kakaknya.
"Sekali je ok?" Ikutkan hati malas nak melayan tapi selagi tidak diikut kehendakknya, selagi tu lah dia tak nak dengar kata. Nanti masuk rumah bising mama.
Aira duduk di tepi pagar sambil menunduk, acah2 penjaga gol hebat. Penjaga gol gadis melayu yang memakai baju kurung dan selipar jepun. Ah pedulikan!
Adiknya berdiri di tengah selari dengan kedudukan Aira. Bersedia untuk menyepak masuk bola ke "pintu gol" buatan Aira. "Bukkk!" Bola disepak oleh Aniq.
"Adoiiiii adik!" Hampir melayang badan Aira terkena hantaran bola yang disepak oleh Aniq. Terasa sneak perutnya kerana sepakan tepat ke bahagian perutnya. Aira menunjukkan muka marah sambil menahan sakit. Nak kena budak ni tau!
Aniq sudah membuka langkah untuk melarikan diri. Laju Aira mengangkat sedikit kainnya untuk memudahkan pergerakannya. Dia berlari mengejar adiknya yang sudah berada di pagar rumah yang sedang gelak terbahak. Aira acah-acah smackdown si adik hingga Aniq menjerit kesakit. Haa rasakan! Hampir lupa diri bila Aira sudah mula menyakat adik bongsunya. Main-main lagi dengan Kaklong.
"Assamualaikum". Aira terkejut mendengar suara garau yang memberi salam. Sayup kedengaran tapi macam pernah ku dengar sebelum ini. Di mana ya?
Gulp! Kenapa jantung aku tiba-tiba berdegup kencang ni. Tiba-tiba rasa peluh merecik di dahi dan badan seakan terkaku sebentar. Ah dramatik betul kau ni Aira.
"Waalaikumussalam". Lembut suara Aira menjawab salam sambil membetulkan baju dan bersihkan tangannya. Aira berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam. Tatkala Aira memusingkan badannya, terbuntang biji mata Aira. Alamak! Aira terus panik melihat tetamu yang datang. Kalut tangannya cuba membetulkan baju dan shawl yang dipakai. Adoi! Malu aku!
Aniq sudah selamat berlari masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan dirinya daripada Along. Mesti cari mama la tu, ingat boleh selamat. Getus hati Aira.
Aira diam tidak berkutik melihat tetamu yang berdiri di hadapannya. Seorang lelaki dalam lingkungan umur tidak lebih 30 tahun dan seorang wanita yang sudah setengah abad namun masih cantik menawan. Dia merasakan darah menyerbu ke muka, mesti merah menahan malu dan terkejut. Panik punya pasal. Memalukan betul aku ni.
Zafran berdiri dibelakang ibunya hairan melihat gadis yang tadinya sakan bergumpal mengusik adiknya diam tiba-tiba. Mukanya turut kemerahan mungkin panas atau mungkin juga segan.
Hmm ini ke bakal tunang kesayangannya? Eh tiba tiba terus sayang pulak. Hatinya tersenyum. Ini ke empunya badan bakal tunangku? Boleh tahan ganas si gadis ini bermain bola dengan adik lelakinya tadi masa dia dan ibu baru sampai untuk memakirkan kereta. Siap bergumpal bergusti lagi di tengah panas.Ganas betul masa dia dan ibunya sampai. Orang sedeharna tinggi, kulitnya cerah namun sudah merah berada di bawah terik matahari. Cantik. Eh Zaf, jauh pulak melalut ya.
"Laaa Hjh dah sampai rupanya. Awatnya berdiri tengah panas tu. Jemput masuk, panas dekat luar tu. Eh Along, yang kamu tercegat dekat situ kenapa? Ajak la bakal mak mertua kamu masuk". Sempat Hjh Hanani meleteri Aira.
Hjh Nasuha tersenyum melihat bakal menantunya itu. Lucu pun ada. Terserlah sifat keanakkan. Nampak muda lagi si Aira ni. Dah kahwin nanti pandai la berubah menjadi matang. Hjh Nasuha berjalan mendekati Aira. Aira menghulurkan kedua tangan tunduk bersalaman dengan bakal mertuanya.
Aira mempamerkan senyumannya yang paling manis namun masih diam tertaku dah macam tugu negara pun ada. Malu punya pasal!
"Ehemm ehemm". Suara lelaki berdehem ke arahnya. Aira angkat muka ke arah suara yang datang daripada belakang Hjh Nasuha.
Mata bertentang mata. Jantung berdengup kencang. Nafas tersekat. Maaaaa! Aira nak pengsan.
Hati Zafran seakan dijentik tatkala bertentang mata dengan gadis yang mempunyai mata berwarna hazel itu. Mukanya licin tak nampak sebutir jerawat pun, bibirnya kecil molek dan hidungnya mancung. Amboi Zaf! Kemain kau tilik muka anak dara orang. Dah kemaruk nak kahwin sangat ke ni?
Gulp. Aira menelan air liur yang teras kelat. Hensem juga mamat ni. Rambut hitam (kalau "berkarat" aku suruh hitamkan balik kalau nak kahwin), tinggi sememangnya lagi tinggi daripada aku. Kulit boleh tahan cerah. Kening tebal macam Elfira Loy, badan macam abang sado. Wake Up Aira! Apa benda kau ni analisis anak teruna orang depan pintu hoi!
"Sayang, lain kali kalau nak bergusti macam tadi tu dengan hubby je tau. Tapi kena kahwin dulu la. Sekarang ni haram lagi". Sakan Zaf gelak apabila melihat muka Aira kelat macam tertelan biji getah kerana usikkannya. Zaf berlalu menuju ke pintu rumah dengan ketawa yang masih bersisa. Kasut yang dipakai dilonggarkan sedikit talinya lalu ditanggalkan dan terus masuk ke dalam rumah.
Aira masih terpinga-pinga di luar rumah. Lelaki ni memang muka apam eh. Kurang asam jawa pahit kering hitam betul! Jerit Aira di dalam hati. Jerit betul-betul nanti orang kata aku gila pula. Terus reject jadi menantu.
Selepas selesai menjamu selera, Aira menghidangkan puding karamel yang dibuat oleh mama sebagai pencuci mulut. makan semua. Rumah Hjh Hanani mulai riuh dengan sesi perkenalan diantara keluarga Hjh Hanani dan Hjh Nasuha. Mama memperkenalkan Anis dan Aniq kepada Hjh Hanani dan Zaf. Kemudian barulah Aira memperkenalkan diri sendiri. Rancak semuanya bercerita. Zaf bangun dan berjalan ke pintu gelangsar untuk menghirup udara segar. Matanya ternampak set meja kayu yang berada di taman mini diluar rumah. "Duduk sana lah boleh ambil angin kejap".
Aira menghantar Zaf dengan ekor mata. Aira bangun mengekori langkah Zafran. Mungkin ini masa yang sesuai.
"Ehemmm ehemm". Dua kali Aira berdehem. Kali ni giliran dia pulak.
"Saya nak cakap sikit dengan awak boleh tak? Tanya Aira dengan berhati-hati.
"Dah cakap pun. Teruskan je lah". Jawab Zafran merengus.
"Awak, saya tanya elok-elok ni. Yang awak nak marah merengus ni kenapa? Tak boleh ke cakap baik-baik sikit?" Naik satu oktaf suara Aira kerana menahan geram.
Zafran terus berdiri tegak di depan Aira dan memandang tepat ke mata Aira. depan aira tgk tepat2 mata aira.
"Heyy ketayaaap! Eh perempuan kau dengar sini baik-baik". Zaf terkumat-kamit menahan geram dan cuba mengawal nada suaranya supaya tidak didengari oleh ibunya. Geram betul dengan Aira yang asyik tak puas hati nak cari salah dia.
"Hah? Kau cakap aku ketayap? Dasar ikan paus!" Aira juga tak mahu kalah bila Zafran memberi gelaran ketayap. Dia ingat aku orang tua yang pergi masjid pakai ketayap putih tu ke? Ishh sakitnya hati aku. Sesedap bahasa dia je. Kau ingat aku nak diam je ya? Ini Aira lah. Takkan menyerah kalah! Nampaknya Allah nak tunjuk perangai sebenar bakal suami aku ni. Tak tahulah kalau mama masih nak buat menantu ke tak.
"Aku tak nak kahwin dengan kau la. Tolong la cakap dengan mama kau, kau pun tak nak kahwin dengan aku. Habis cerita! Dah la perangai macam jantan, ada hati nak jadi bini aku. Tak hingin!" Zaf straight to the point malas nak berputar belit. Sesak otak fikirkan benda yang dia tak nak buat tapi dipaksa. Stress kerja menambahkan beban dibahu lagi. Kerja adalah keutamaan buat dirinya sekarang. Malas nak fikir pasal kahwin. Serabut!
"Hah baguslah kalau macam tu! Jangan perasan sangat. Awak ingat saya suka dengan awak? Saya belum gila lagi tau nak dekat lelaki yang macam awak ni. Kurang ajar!" Terjerit suara Aira melepaskan kemarahan yang terbuku di hati, Aira menghentak kaki sambil berjalan laju masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan orang yang memandang pelik ke arahnya.
Terkejut Hjh Nasuha dan Hjh Hanani mendengar suara Aira menjerit marah daripada luar. Mereka saling berpandangan. Hairan.
Aira mempercepatkan langkah masuk ke rumah dan terus naik ke tingkat atas masuk ke biliknya. Dummm! Kedengaran pintu dihempas kuat dari atas. Aira kesal Zafran bersikap kurang ajar seperti itu. Aku cakap baik-baik, dia nak tinggi suara pulak. Dasar lelaki tak guna! Kemarahan Aira hingga dia menitiskan air mata. Maka bermulah drama airmata Aira kalau dah dah menangis susah betul nak berhenti.
Zafran meraup mukanya. Sesal bertandang di hati. Kenapa la aku boleh terlepas cakap dengan dia sampai macam tu sekali. Haih! Lunyai la aku kena dengan ibu kejap lagi buat anak dara orang sampai menangis macam tu. Bakal menantu kesayangan pulak tu.
Seperti yang dijangkakan, sepanjang perjalan balik ke Kuala Lumpur ibu tidak berhenti memarahinya. Boleh cair tahi telinga aku dengar ibu berceramah non-stop dari masuk kereta sampailah ke rumah. Zafran senyap. Dia tahu dia guilty as charged buat anak orang macam tu. Padan muka kau Zafran! Nasib kau la.
#hope you all like. ❤

Ulasan
Catat Ulasan