Salam sayang semua. Dah lama xupdate kann. Baru lepas demam so kena rehatlah. Lepastu plak sekarang kelantan hujan sangat teruk. Sampai rumah i pun banjir. Doa yang baik baik agar banjir beransur pulih. Insyaallah. Assalamualaikum. 😊
Catatan
Tunjukkan catatan dari November, 2017
Bab 12 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Selesai makan tadi, Abang Zul bangun untuk bayar makanan yang kami makan. Tengah rancak borak dengan Aisyah dan Nurin, Abang Zul menghampiri meja dengan muka tertanya-tanya. "Makanan kita dah ada orang bayar lah tadi". Ujar Abang Zul bersahaja. Tapi Nurin dan Aisyah pula yang terkejut beruk pula. "Hah? Siapa yang bayar kan bang?" Tanya Nurin sambil pandang muka Abg Zul tak lepas. Aisyah angkat kepala tengok aku. Hmm "Siapa lagi, tunang Aira la yg bayarkan tadi". Slumber badak Abang Zul cakap. "What?????? Mana abang mana?? Mana dia aisyah nak tengok. Cepat lah abang!" Jawab Aisyah. Meliar matanya mencari kiri dan kanan tunang si Aira tu. Nurin muka blur. Aira resah. "Tadi ada la. Masa Aira tengah borak-borak dengan lelaki tu pakai baju t- shirt putih tu. Aisyah dengan Nurin tak tengok ke?" Tanya Zul, pelik. Pelik. Takkan tunang kawan baik pun tak kenal. "Oh my god! Serius ke lelaki td babe?!" Aisyah pandang Aira, dig...
Bab 11 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam lebih juga la dari Johor Bahru. Jam di dashboard kereta menunjukkan angka 1.45 petang. Adoiii sakit punggung duduk lama-lama ni kalau lepak kolej je kan best dapat jugak tidur. Aira mengeluh. Dipandang Aisyah dan Nurin yang nyenyak tidur di kerusi belakang. Macam budak-budak naik kereta je tidur, kena pulak alunan sejuk penghawa dingin, wassalam. Gerutu Aira dalam hati. Zul mengerling Aira disebelah kerusi pemandu. Cantik Aira hari ini. Hmmm. "Aira happy tak sekarang?" Abang Zul mengajukan soalan cepumas. Terkejut Aira. Aku tengah sedap berangan, tak ada angin tak ada ribut tanya soalan. Perghhh! Macam mana aku nak jawab ni. Adoi kenapa la kawan aku dekat belakang tu tidur! Getus Aira. Kalau tak, Abang Zul takkan tanya soalan macam ni depan budak berdua tu. "Alhamdulillah, Aira happy bang". Jawab Aira sambil matanya lurus memandang jalan raya . Tengok jalan jammed lagi best kot! "Maksud abang, Aira ha...
Bab 10 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
"Morning bini orang bangun la hoiiiiii!!!!". Laung Aisyah dan Nurin dengan kuat sampai bingit kepala aira dengar. Hoii gila ke apa diorang ni terpekik nanti orang lain dengar ingat apa pulak. Aira gosok kedua belah matanya sambil memandang tepat ke arah dua ekor setan depan matanya. Hahaha "Hoi korang ni gila ke apa? Jangan la cakap terjerit-jerit kang orang lain dengar pulak pasal ni. Huh! "Aira acah-acah marah sayang. Bagi la aku rehat kejap. Weekend pun korang nak memekak ke. Puteri berkemban ni rehat secukupnya. Penat! "Wey babe bangun lah! Weekend kot jom la pergi berjimba aku dengan Nurin bosan la dekat kolej ni. Kusut otak wey kan Rin? Tanya Aisyah sambil menjeling Nurin untuk mendapatkan sokongan hihi Nirin apa lagi angguk-angguk biawak. "Jom lah Raa". Nurin menggoncang bahu Aira supaya dia cepat bangun dari katil. Alaaa, sibuk betul la budak berdua ni tau! Mata Aira menoleh ke arah jam di dinding dan Aira menjerit, "WHAT?! PUKUL...
Bab 9 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Perjalanan dari Kuantan Sentral Bus Terminal ke Larkin Bus Terminal memakan masa lebih kurang 7 jam. Fuhhh kremm bontot aku. Kejung wehhh. Sumpah. Ingatkan dapat rasa encik tunang hantar tapi porahhhhh! Haprak xdak kedekut. Wakkklu Jam sudah menginjak 6.45 petang. Ish mana ni si Riri dan Yaya. Janji pukul 6.30 ptg ni batang hidung pun tak nampak. Penat hoii dah la perut aku lapar gila. Sarapan dekat rumah tadi bihun goreng je. Kalau nasi lemak baru cun. Aira tengok lagi jam sambil mengeluh. Cepat lah. "Aira !!!!! Aira !!!!!! Weyyy !!!! Sini sini" Riri dan yaya melambai tangan. Aira menoleh ke kanan dan kiri mencari suara yang memanggil namanya. Siapa pulak panggil aku ni? Tak nampak pun. Nini dan Yaya lambai tangan ke arah Aira. "Aira sini! Tengok depan. Airaaa!" Jerit Yaya. Aira pandang depan ke arah sebuah kereta yang amat dikenali, Myvi kuning diseberang jalan. Gulp. Aira malas nak menapak ke arah jejantas yang agak jauh. "Kereta tak banyak ni, ...
Bab 8 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Hari Khamis yang nanti telah tiba. Majlis pertunangan di antara Aira Mikayla binti Jaafar dgn Zafran Bin Mukhlis. Kecoh semalam Whatsapp group "Geng Kepoci" yang mempunyai ahli seramai 3 orang sahaja. Hahaha lawak betul 3 orang pun boleh. Dah sebulan lebih tak bergosip dengan minah Kelantan; si Nurin dan minah Langkawi; si Aisyah. Ya lah, masing-masing busy. Kerja part-time la, spend time dengan family, berehat dan macam-macam la. Cuti semester mesti dihabiskan dengan baik nanti dah balik kolej, pengsan dengan tugasan pulak. Aira memberitahu Geng Kepochi berkenaan pertunangannya melalui aplikasi Whatsapp semalam. "Salam Riri dan Yaya! (Panggilan manja bila buat salah) Aku nak bagitahu korang ni, tapi jangan marah eh. Esok pagi Insyaallah aku nak bertunang. Tapiii, please babe jangan tanya pape eh nanti next week jumpa dekat kolej, aku story A- Z . Hahah cun x? Hashtag please jangan marah l. Yang ikhlas sahabat mu yang meminta simpati dari sahabat". Si Aira buat...
Bab 7 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Zafran ralit melihat Harris bermain badminton dengan rakan sekerjanya namun hakikatnya otak dan hatinya sudah melayang entah ke mana. Parah Zafran! Rutin hari minggu pada waktu malam pastinya dia dan Harris akan ke Sport Center untuk bermain badminton. Tapi sayang, moodnya ke laut untuk bermain. Harris dibiarkan bermain dengan rakan sekerjanya yang lain. Dia pandang Harris dengan pandangan kosong. Harris? Rakan baiknya merangkap "roommate" dari zaman study 5-6 tahun dahulu. Alhamdulillah, panjang "jodoh" kami hahaha eh macam nak kahwin pulak. Sah! Parah dah kau ni Zafran semua benda nak kait kahwin. Zafran geleng kepala sambil matanya memerhati Harris lincah membalas hantaran "smash" pihak lawan. Fikirannya masih lagi ligat memutar pesanan ibunya pagi tadi. "Ingat tu Zaf, jangan lupa call Aira. Kesian dia tau kena marah dengan Zaf. Ibu bukan tak tahu kalau kamu marah macam mana. Minta maaf dengan dia. Reti pujuk ke tak? Tak reti? GOOGLE ada! Pesan ...
Bab 6 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Aira sedang bersiap ala kadar calit sedikit lipstick, ratakan bedak yang bercapuk macam oprah cina nanti terkejut beruk pulak bakal mak mertua dan bakal tunang aku. Seloroh Aira sendiri sambil ketawa. Dia memakai baju kurung moden plain berwarna kuning cair. Kemudian meletakkan shawl berwarna cream yang sudah digosok diatas kepala dan dililit dgn cara zaman moden sekarang. Sesuai dengan Aira yang berkulit cerah, mula berbentuk bujur seperti Mama dan tinggi hmm tak berapa nak tinggi sangatlah, 160 cm. Hidung Aira sedikit mancung mewarisi hidung arwah abah. "Boleh tahan jugak lah!". Alamak puji diri sendiri pulak getus Aira sambil tersenyum. Done! Bisik Aira sambil membelek dirinya di cermin. Aira melangkah keluar dari bilik dan menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah. Mata Aira meliar memerhatikan keadaan rumah dan matanya terpandang meja makan yang berhadapan dengan tangga. "Mak aihh! Banyaknya mama masak?" Terkejut Aira. Mama ni nak jemput jiran-jiran se...
Bab 5 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ku idamkan cinta ini Tapi ku tidak tahu Bagai mana hendak ku buktikan. Segalanya kembali segar semula. Hingga aku sukar melupakan semua. Berlarutan wajah mu dimata Apakah kau masih seperti dulu. Pagi-pagi radio Era FM sudah memutarkan lagu Hafiz feat Misha Omar. Awal pagi dah layan jiwang siot woi! Haha Breakfast hari ini disediakan khas oleh Chef Aira, Masterchef dari Pahang. Kemain berangan! Hahaha tak apa, self-proclaimed bukan selalu. "Ok. Menu hari ini ialah nasi goreng telur dan sandwich chicken mayo." Perghh. Tekak mat saleh ini hari dong! Tidak dilupakan bancuhan air teh o panas nanti tercekik susah pulak kan. Kahkah OK, SIAP! Berbunga-bunga hati Aira pagi ini kerana awal pagi lagi suara Abang Zul menyapa telinga. Tersenyum-senyum macam orang tak betul pun ada HAHA. Terlupa seketika tentang masalah pertunangan. Teringat perbualan dengan Abang Zul tadi. "Bila Aira nak balik Johor? Nanti Abang boleh jemput dekat airport." Sebenarnya, boleh je ...
Bab 4 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
"Assalamualaikum... Ibu... Ooo ibuuuu.. Buuu?" Eh pintu tak berkunci ke mana ibu ni? Zafran yang baru pulang dari kerja lewat jam 6 petang terus membuka kasut dan meluru masuk ke dalam rumah. Menyesal lalu KL tadi. Sesak! Penat teramat dengan kerja bertimbun, 2 orang pekerja tapak ambil MC, mesyuarat dan lawatan tapak lagi dengan cuaca yang agak terik hari ini. Lalu zafran duduk di atas sofa ruang tamu. Butang kemeja di bukak 3 butang. Tangannya memicit kepala. Penat sungguh! " Eh anak kesayangan ibu dah balik? Zaf nak air? Ibu boleh ambilkan. - tegur Hjh Nasuha dari dapur, lalu duduk disebelah anaknya sambil mengusap belakang anaknya. Kasihan penat bekerja. "Boleh juga bu. Zaf nak fresh orange". Hehe sekali-sekala bermanja dengan ibunya. Hjh Nasuha membawa mug berisi air kegemaran Zaf, fresh orange. "Banyak kerja hari ini Zaf? Ibu tengok kamu macam nak pengsan, muka pucat, berpeluh kemain. - Soal ibunya " Haah bu" jawabnya sambal meneguk ...
Bab 3 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Aira tersedar dek kerana bunyi kecoh di luar. "Gosh, apa bising sangat ni. Pagi-pagi dah kecoh". Aira tengok jam dinding, pukul 9 pagi kot. Huh aku nak tidur pun susah. Aira bingkas bangun dari katil, lalu melihat mukanya di cermin, di sanggul rambut paras bahu itu dan memulas tombol pintu. Hjh Hanani senyum sampai ke telinga, melihat anak daranya sudah bangun dari tidur. "Hah along dah bangun? Tengok Mak Long kamu ni bawak apa, hadiah pertunangan nanti" - Hjh Hanani berbasa-basi. Mak long Aini melihat Aira sambil tersengih. " Meh sini sayang dekat mak long". - Mak long Aini bahagia sangat anak saudara sulunh nak kahwin, merangkap ibu susuan Aira masa kecil dulu. Harapkan si Husna anak sulung dia, tunggu beruban pun tak kahwin lagi. Memilih sangat... Ya Allah sakit kepala, dah berapa lelaki dia cari tetap anak dia tak nak. Kerja la busy la takde masa la. Takkan la jadi pramugari takde calon. Aira sakit kepala dengar. Adoiiii pagi-pagi dah nak gila...
Bab 2 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pagi tu Aira dah macam cacing kepanasan. Ke sana ke mari ke sana ke mari. Lagi 2 minggu rombongan meminang aku tak kenal lagi si Muflis tu, mati la kali ni. Apa ni mama ni, Ya allah bantu hambamu ini. Dah mcm sinetron dah life aku. Sucks! Aira teringat masa mama bagitahu petang tu. " Along, mama bukan nak paksa along tapi mama rasa kalau along kawin dengan Zaf tu, senang hati mama. Ye la. Duduk kl dengan suami, mak mertua pun ada. Along tak ingat ke kes ragut dan kemalangan yang jadi dekat along haritu? Mama ni risau dekat kampung. Hjh Hanani menarik nafas perlahan. Nak ke Kl jauh la juga daripada Kelantan ke Kl. Nak naik flight trauma. Naik bas lambat. Anak-anak dekat rumah Anis dan Aniq siapa nak bagi makan. Serba salah Hjh Hanani. Nasib la si Aira cakap kawan-kawan ada tolong tengokkan kan cedera sikit je. Bila Aira hantar gambar dekat whatsapp lega hati sikit. Tak teruk sangat. Adoi mama ni buat aku serba salah la pulak. Nak luah mati mak nak telan mati bapak. Aira da...
Bab 1 - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
"Mama ... Ooo maaamaaa"?? Ya allah sakitnya hati aku dengar berita ini dari Anis adik kedua aku. Ishhhk mama ni ke mana plak. Huh dapur dah cari dekat luar dah cari. Adoii stresss nya aku. "Mama dekat dalam bilik ni along. Kenapa menjerit-jerit ni?" - Hjh Hanani. Dengan tergopoh-gapah Aira masuk ke dalam bilik, lalu duduk diatas katil sebelah mama nya. "Mama, along nak tanya ni. Betul ke anis cakap, mama nak jodohkan along denga anak kawan mama? Ma apa ni ma? Ma tak nak along bahagia ke? Ma nak along derita?" Tanpa menarik nafas Aira merasa dadanya semput. Hjh hanani memansang anak sulungnya dengan tersenyum penuh kasih sayang lalu dia mengusap rambut Aira perlahan-lahan. "Along ni macam tak cukup nafas mama tengok Haha" - Hjh Hanani Eeee mama ni aku serius dia main-main pulak. "Maaaa jawab la"- Aira "Ishkk.. Budak Anis ni mama dah pesan tadi jangan beritahu along lagi" - Hjh Hanani Hjh Hanani menarik nafas de...
Sinopsis - Di Buai Rindu Semalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Aira.... yes nama aku aira mikaila. aku tak tahu la kenapa mama aku kasi nama moden sangat. kotnya asyik layan drama tv.kahkah umur aku 25... jap jap ishhh bukan pasal tu aku nak cakap..... Zafran Muflis.. kawan anak arwah ayah dan mama aku. Ya allah kenapa la aku kena kahwin dgn dia ya tuhan. ape mama ingat aku xlaku sangat ke. aku bukan tak nak kahwin. cuma.. cuma... aku xboleh lupakan abg zul. hmmm Zul Hakim. lelaki baik sopan santun. sama sama study tempat sama,dia abg angkat aku, aku dh cakap suka dia,dia cakap nak kawan je. mana aku nak letak muka aku ni....😂 Husna. sepupu aku paling benci aku apa aku buat semua xkena ada saja. "Aku tak nak kahwin dengan kau la. Tolong la cakap dengan mama kau, kau pun tak nak kahwin dengan aku. Habis cerita! Dah la perangai macam jantan, ada hati nak jadi bini aku. Tak hingin!" Zaf straight to the point "Hah baguslah kalau macam tu! Jangan perasan sangat. Awak ingat saya suka dengan awak? Saya belum gila lagi tau nak d...